18 Februari 2017 - Sabtu
Seorang Wanita Bertindak biadap apabila dia menghina kitab suci
al Quran dengan membuang air kecil ke atasnya sebelum membakar kitab berkenaan dan mengumpamakan Muslim sebagai " parasit "
Tindakan Wanita yang tidak dikenali Itu dimuatkan di dalam klip video.Dia dirakam Berdiri di hadapan bendera Slovak dengan memegang kitab suci itu yang dicerca , dikencing , dan dibakarnya .
Wanita berambut hitam itu dikatakan merakam video berkenaan di kawasan hutan di Slovakia dan dia boleh didengar mengoyak kitab itu sebelum melondehkan seluarnya dan membuang air kecil ke atas kitab itu .
Dia kemudian mencurahkan petrol ke atas kitab itu dan membakarnya .
Disamping itu , wanita berkenaan juga mengancam Muslim di negaranya .
Bercakap di hadapan kamera , dia menggelar muslim sebagai " parasit " dan berkata " saya akan memburu kamu langkah demi langkah . Tidak kira kamu wanita , kanak kanak atau lelaki . Saya akan membunuh sesiapa sahaja yang saya temui .
"Saya tidak kira mengenai aduan jenayah. Saya tidak akan berhenti. Saya mempunyai mesej untuk setiap orang, termasuk polis - tidak ada orang yang boleh menghalang saya."
Polis berkata, mereka menerima beberapa aduan mengenai video itu. Wanita itu dilaporkan sudah melarikan diri ke Finland.
0 Ulasan
Komen yang murni , insyallah saya akan balas