Gambaran Sahaja |
Solat sunat wuduk amat besar pahalanya dan sesiapa yang melakukannya akan diampuni dosanya , yakni dosa dosa yang kecil .adapun dosa - dosa besar itu hanya akan terampun dengan taubat nasuha .Rasullah S.A.W bersabda :
Apabila seseorang itu berwuduk dan dia menyempurnakan wuduknya , kemudia dia solat ( sunat ) dua rakaat atau empat rakaat dengan khusyuk , kemudian dia berdoa memohon keampunannya , Allah akan mengampunkan dosa dosanya .(Hadis riwayat Abu Ya'la)
Solat sunat wuduk merupakan solat sunat sebanyak dua rakaat yang dilakukan setiap kali seseorang itu selesai mengambil wuduk.Tidak ada waktu yang ditetapkan ,samaada pagi petang,siang atau malam .solat sunat ini juga tergolong kepada solat sunat muqayyad iaitu solat yang dikaitkan waktunya dengan wuduk .dengan itu solat sunat wuduk boleh dilakukan walaupun dalam waktu terlarang untuk melakukan solat sunat .
Solat ini hukumnya sunat bagi menyempurnakan wuduk berdasarkan hadis oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah .
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah Yang bermaksud :-
"Bahawasanya rasullah S.A.W bertanya kepada bilal pada waktu solat subuh " Wahai bilal...! Ceritakanlah kepadaku , amal apakah yang telah engkau lakukan dalam islam sehingga aku mendengar detak bunyi sandalmu di syurga ? Bilal menjawab "..Aku tidak melakukan sesuatu pekerjaan yang aku sangat harapkan pahalanya selain daripada sesungguhnya aku tidak menghilangkan najis pada waktu malam ,mahupun siang hari , kecuali aku melakukan solat dengan kesucian (wuduk) yang diwajibkan kepada aku untuk mendirikan solat"
KAIFIAT SOLAT SUNAT WUDUK
Niat ;
Rakaat pertama ;
1- Surah Al - Fatihah
2- Surah Al - Ikhlas
Rakaat kedua
1- Surah Al - Fatihah
2- Surah Al - Nas
Social Plugin