Hilangkan Diri Kerana Tidak Mampu Sediakan Wang Hantaran RM25 Ribu, Pengantin Lelaki Disaman Malu Oleh Bakal Isteri

Hilangkan Diri Kerana Tidak Mampu Sediakan Wang Hantaran RM25 Ribu, Pengantin Lelaki Disaman Malu Oleh Bakal Isteri


Seorang pengantin lelaki yang gagal menghadirkan diri ke majlis perkahwinannya sendiri menerima padah apabila dia bakal disaman malu oleh pengantin perempuan dan keluarganya. Pengantin lelaki tersebut dipercayai melarikan diri kerana tidak mampu membayar wang hantaran yang sudah dijanjikan kepada bakal isterinya itu.

Majlis perkahwinan itu sepatutnya berlangsug di rumah pengantin perempuan di Kampung Khao Din di daerah Kabin Buri, Thailand pada Ahad. Namun, apabila tiba masanya untuk acara pra-perkahwinan dijalankan pada jam 6 pagi, mereka terkejut kerana pengantin lelaki masih belum hadir, malah tiada tanda-tanda saudara dan rakan terdekat pengantin lelaki berada di majlis tersebut.

Sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung, Booyang Sawatdee, 26, hadir ke rumah kekasihnya yang juga pengantin perempuan, Arunee Jaengkrachang, 24, bagi membuat persiapan terakhir. Apabila pengantin lelaki tersebut gagal menghadirkan diri pada awal pagi Ahad, saudara kepada pengantin perempuan telah menelefonnya dan Booyang Sawatdee memberitahu supaya mereka menunggunya yang masih dalam perjalanan ketika itu.

Arunee Jaengkrachang terus setia menunggu ketibaan bakal suaminya, namun bayang-bayang Booyang Sawatdee masih juga tidak kelihatan. Setelah beberapa jam berlalu dan majlis yang tertangguh, mereka cuba menghubungi semula pengantin lelaki, namun ianya gagal.

Mereka kemudiannya pergi kerumah pengantin lelaki tersebut, namun terkejut kerana rumah tersebut dalam keadaan lengang tiada sesiapa pun. Keluarga pengantin perempuan akhirnya mengetahui bahawa kehilangan pengantin lelaki tersebut disebabkan dia gagal menyediakan wang hantaran untuk bakal isterinya.


Arune Jaengkrachang yang mendengar berita tersebut terus menangis yang kemudiannya pengsan. Menurut saudaranya, kedua-dua bakal pengantin tersebut sudahpun menjalinkan hubungan percintaan sejak 6 tahun lalu.

Booyang Sawatdee kemudian meminta keluarganya untuk bertemu keluarga Arunee Jaengkrachang bagi tujuan merisik. Kedua-dua pihak bersetuju dengan wang hantaran berjumlah 200 000 Bath (RM25,561) dan emas beratnya sama degan 5 Bath.

Ayah kepada pengantin perempuan, Chaowarit Jaengkrachang, 48, dan isterinya Sripapa Phudbomuang berkata mereka sudahpun mengeluarkan biaya sebanyak 66 000 Bath (RM 8415) untuk majlis tersebut termasuklah perbelanjaan lain seperti kad jumputan yang sudah dicetak dan diedarkan kepada tetamu.

Tindakan pengantin lelaki yang melarikan diri itu dianggap telah memalukan keluarga pengantin perempuan, selain telah kerugian kerana telah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak.

Chaowarit Jaengkrachang berkata pihaknya mahu Booyang Sawatdee menggantikan semula semua perbelanjaan yang sudah dikeluarkan oleh pihaknya. Dia juga bakal menfailkan laporan kepada polis berhubung perkara tersebut.

Sumber : Bangkok Post