"Saya Cuba Tegur, Tapi Mereka Buat Tak Tahu," Kecewa Lihat Gelagat Remaja Kita Dalam Keadaan Tak Sopan Di Lereng Bukit

"Saya Cuba Tegur, Tapi Mereka Buat Tak Tahu," Kecewa Lihat Gelagat Remaja Kita Dalam Keadaan Tak Sopan Di Lereng Bukit


Isu moral dan remaja kini dilihat semakin runcing, pelbagai tingkah laku golongan ini kadang-kadang bukan sahaja bertentangan dengan norma hidup sebagai orang Asia, yang terkenal dengan sopan santun dan perasaan malu, malah turut memalukan kalau takpun nama baik keluarga, sekurang-kurangnya diri mereka sendiri.

Isu lumba haram, dadah, berpelesaran dan buang bayi memang sudah sinonim dengan mereka yang bergelar remaja. Malah, ada yang sanggup membunuh seperti yang kita sedia maklum dengan tragedi tahfiz dibakar sebelum ini.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Badrollddin Hamid telah berkongsi pengalamannya yang terserempak dengan sekumpulan remaja yang didakwa berkelakuan tidak sopan walaupun tiada sesiapa yang melihat. Jom ikuti perkongsiannya sebagai pengajaran untuk kita semua.

Assalamualaikum

Peringatan buat para ibu bapa warga Kota Damansara dan peringatan untuk diri sendiri. Awasi gerak-geri anak kita terutama pada hujung tahun, cuti sekolah dah nak mula.


Gini kesahnya, pada pagi tadi saya bersama sahabat saya Saparuddin Melati hiking di KDCF, Kota Damansara Community Forest.

Setiba saya di puncak Denai 3 Puteri sekitar jam 11 pagi, apa yang membuat saya tergaman apabila terpandang sekelompok budak-budak umur sekitar 13 hingga 15 tahun berada di bawah lereng bukit dan dalam keadan tak sopan.


Memang amat merbahaya, sekiranya tergelincir kebawah tak tau apa jadi. Tebing tu berpuluh kaki tinggi, udahlah kelakuan tak senonoh.

Saya cuba tegur tapi diorang buat tak endah. Saya bukan nak menyibuk, tapi atas rasa tanggung jawab. Masih boleh sama-sama kita cegah sebelum kejadian buruk berlaku.


Waalaikummusalam.