1. Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu
"Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari wajah Allah , namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi , maka dia tidak akan mencium bau syurga pada hari kiamat." [ Maksud hadis riwayat ibn Hibban dan ia dinilai sahih oleh Syu'aib al-Arna'uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-Risalah , Beirut , 1997 ), Hadis no : 78 ]
2. Positif Dan Yakin Kepada Diri Sendiri
"Dan orang - orang yang berusaha dengan bersungguh sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami , sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan jalan kami ; dan sesungguhnya ( pertolongan dan bantuan ) Allah adalah beserta orang orang yang berusaha membaiki amalannya." [Al-Ankabut,ayat 69]
3. Bersiap Sedia Untuk Melakukan Pengorbanan
"Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu , maka allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga." ( Riwayat Muslim Dalam Sahihnya ) (Penomboran Fu'ad Abd al-Baqi) , Hadis no : 2699
4. Mengamalkan Ilmu
"Wahai orang orang yang beriman ! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya ! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." ( al-Saff , ayat 2-3 )
5. Berdoa Kepada Allah
"Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang orang yang engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka , bukan (jalan) orang orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang orang yang sesat." (Maksud surah al-fatihah , ayat 6-7 )
Khalifah Umar Bin al-Khatab r.a pernah berkata : " Janganlah kamu memasuki tempat non-muslim di gereja gereja mereka pada hari raya mereka.Kerana Pada Waktu itu sedang turun kemurkaan allah." (Riwayat Abdurrazaq)
Social Plugin