Soalan
Saya pernah terlangkah ayat ayat al quran dengan tidak sengaja . APakah hukumnya kerana saya takut akan menerima azan Allah ?
Jawapan
Islam menganjurkan umatnya supaya menghormati ilmu pengetahuan . Disebabkan itu , para ulama ada menyenaraikan di antara adab yang mulia ialah dengan meletakkan buku di tempat yang tinggi . Renungkan , jika buku biasa pun diminta supaya kita menghormatinya , apatah lagi al-Quran dan buku agama . Semua itu wajar dimuliakan oleh umat islam sama ada ketika membacanya atau tidak . Meletakkan al-Quran di atas lantai sebenarnya satu penghinaan terhadap kitab ini secara tidak sedar . Jika terlangkah disebabkan kecuaian kerana diletakkan di tempat rendah , maka anda termasuk orang yang tidak menghormati al-Quran. Mengenai hukumnya , kite serah kepada Allah . Saya yakin , jika seseorang menyedari kesalahan yang dibuat lalu terus bertaubat , ia akan diterima oleh Allah
Nabi S.A.W Bersabda : "Berhati Hatilah Terhadap doa orang yang dizalimi walaupun non-muslim. Kerana tidak ada penghalang antara allah dengannya." (Riwayat Ahmad,Sahih)
Social Plugin